Tuesday, December 09, 2008

Krim Puff

KRIM PUFF

Bahan-bahannya:
70 gm marjerin
140 gm tepung gandum
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan marjerin.
2. Apabila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi sehingga menjadi seketul doh. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan esen vanilla dan telur. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping beg dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah C selama 15~20 minit.
7. Setelah sejuk, paipkan inti kastad melalui bahagian bawah ke dalam.
8. Hiaskan dengan coklat strawbery.

INTI KASTAD OREN

Bahan-bahannya:

3 sudu besar jus oren sunquick
150 ml fresh milk
3 sudu besar gula
1 sudu teh parutan kulit limau
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung kastad

Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung kastad dengan susu sehingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masukkan campuran tadi atas api yang kecil. Masak hingga pekat. Alihkan dari api dan bolehlah dipaipkan ke dalam puff.

** Inti kastad boleh ditukar mengikut kegemaran anda.

Marble Cheese Brownies

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahannya:

Lapisan Bawah
120 gm mentega
150 gm semi-sweet coklat (saya guna coklat masakan biasa)
2 sudu besar golden syrup (saya guna 1 sudu besar gula pasir)
2 biji telur saiz A (dipukul)
60 gm tepung kek (saya guna tepung superfine)
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

Lapisan Cheese
250 gm cream cheese
100 gm gula halus
1 biji telur

Cara-caranya:-
1. Cairkan coklat dan mentega. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang dan sedikit demi sedikit tambah golden syrup dan campurkan coklat mentega tadi.
3. Kemudian tuang campuran tepung dan serbuk penaik. (Tinggalkan satu senduk untuk buat hiasan marble atas lapisan cheese).
4. Tuang campuran ke dalam acuan 6"x9"x2". Bakar pada suhu 180 darjah C (ikut jenis oven masing²) selama 10 minit.
5. Tuang lapisan keju ke atas lapisan kek yang sudah masak.
6. Tuangkan campuran yang lebih tadi ke atas lapisan keju dan bentukkan corak marble.
7. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih marvellessss...

Marble Chocolate Cheesecake



MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan A
180 gm butter
150 gm gula castor
3 biji telur gred A
20 gm serbuk koko - ayak
120 gm tepung naik sendiri - ayak (guna tepung superfine je)
1 sudu teh baking powder - ayak

Bahan-bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur gred A

Caranya:-
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata.
4. Dalam satu bekas lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 8" dan ratakan.
6. Kemudian tuang semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuang semua baki adunan A.
8. Bakar dalam oven 160 darjah C selama 60 minit. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

Puding Lapis Oreo

PUDING LAPIS OREO

Bahan-bahannya:-
1 peket agar-agar serbuk (10 gm)
1 liter susu cair (saya guna 400 ml susu cair + 600 ml fresh milk)
150 gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna ikut selera masing2

biskut Oreo - buang krim dan hancurkan

Caranya:-
1. Masak agar-agar serbuk dengan susu, gula, garam sampai mendidih.
2. Bahagikan mengikut pewarna yang disukai.
3. Masukkan lapisan pertama dan taburkan biskut oreo. Tunggu sehingga sedikit keras, masukkan lapisan seterusnya dan taburkan biskut oreo lagi. Untuk lapisan terakhir tidak perlu ditabur oreo.

Sunday, December 07, 2008

Lezzie Pasta

LEZZIE PASTA

Bahan-bahannya:-
300 gm makaroni / pasta fussili
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
8 sudu besar Sos Pasta Heinz
Sedikit sayur campur
1 sudu besar tepung jagung
1.5 liter air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Caranya:-
1. Rebus pasta sehingga kembang dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan daging cincang. Biar daging agak garing.
3. Masukkan sos pasta dan sayur campur. Kacau sebentar dan masukkan air.
4. Masukkan pasta, rasakan garam. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Sedia dihidang.

Fried Siew Pak Choy

FRIED SIEW PAK CHOY

Bahan-bahannya:-
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia
Siew pak choy
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Caranya:-
1. Tumiskan bawang putih dan halia.
2. Masukkan sos tiram, air dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
3. Celurkan sayur siew pak choy.
4. Siramkan kuah tadi ke atas sayur yang telah dicelur.

Bubur Sum Sum

PICTURE IS IN PROGRESS


Bahan-bahan:-
4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan tepung beras
1 sd besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam dalam satu bekas.
2. Gaul rata, jangan ada tepung yang bergentel.
3. Tapis dan tuang dalam periuk, masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau (untuk elak bergentel).
4. Dah kental, tuang dalam bekas. Biarkan sejuk (lagi sedap simpan dlm peti sejuk).

Bahan-bahan Sira Gula
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil. Masak sehingga gula cair.

Sedia untuk dihidang. Bubur sum-sum akan dimakan dengan air gula tadi.

Gulai Lemak Telur Ikan


GULAI LEMAK TELUR IKAN


Bahan-bahannya:


300 gm telur ikan
1/2 biji kelapa - ambil santannya
2 biji kentang
1 biji buah tomato
kiub ikan bilis
garam

Bahan kisar:
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
daun kunyit

Caranya:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sampai naik bau.
2. Masukkan sedikit santan cair, daun kunyit, kentang dan kiub ikan bilis.
3. Agak-agak kentang hampir empuk, masukkan telur ikan, kentang dan tuang baki santan.
4. Rasakan garam dan masak hingga telur ikan cukup masak. Angkat dan hidang dengan nasi panas.

Puding Roti Prune


PUDING ROTI PRUNE

Bahan-bahan

8 keping roti (buang tepi² nya)
1 tin susu cair
4 sudu gula halus
2 biji telur
2 sudu marjerin
1 sudu tepung jagung
Hirisan buah prune

Caranya:-
1. Satukan susu cair, gula, telur, tepung jagung dan marjerin. Pukul sebentar sampai rata.
2. Susunkan roti yang dah dibuang tepinya ke dalam loyang pembakar. Buat lapisan pertama dan taburkan hirisan buah prune.
3. .Curahkan bancuhan ke atas roti tadi. Letakkan lapisan kedua roti dan tuang baki bancuhan susu tadi. Sekali lagi taburkan hirisan prune.
4. Bakar dalam oven selama 1/2 jam.
5. Selepas masak, keluarkan dari oven, taburkan choc rice dan biarkan sejuk sebelum taburkan gula halus di atasnya sebagai hiasan.

Mee Ladna


MEE LADNA

Bahan-bahannya:
450 gram Mee Kuning
3 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit Udang / Sotong / Ayam / Daging (terpulang apa yg ada)
Sebatang lobak
3 batang putik jagung
Sedikit sawi
1 ketul kiub ayam Maggi
Air secukupnya
Tepung jagung secukupnya (untuk pekatkan kuah)
sos tiram
garam
gula

Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yg diketuk. Masukkan ayam / sotong / udang.
2. Masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan. Masukkan air secukupnya. Macam nak buat kuah sup.
3. Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayuran, sos tiram, garam dan gula.
4. Pekatkan kuah dengan memasukkan bancuhan tepung jagung.

** Kuetiau / mee / mihun - panaskan sedikit minyak, masukkan kicap, sos tiram. Goreng sebentar Kuetiau / mee / mihun dengan api yang besar. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan. Tuang kuah Latna dan nikmatilah hidangan anda!